Selamat & Terjamin
RORO drive-on dengan SOP pemeriksaan ketat. Setiap kenderaan ke Kota Kinabalu dilindungi Insurans Marin Allianz all-risk gudang-ke-gudang.
Penghantaran RORO dari Port Klang ke Pelabuhan Sepanggar, gateway kargo utama Sabah. Harga sedan disahkan dari RM 2,480, Insurans Marin Allianz termasuk, dokumentasi penuh, dan update real-time via WhatsApp.
Koridor Klang → Sepanggar ialah laluan harian kami. Rekod 500+ kenderaan dihantar dan kepercayaan pelanggan sejak 2023.
RORO drive-on dengan SOP pemeriksaan ketat. Setiap kenderaan ke Kota Kinabalu dilindungi Insurans Marin Allianz all-risk gudang-ke-gudang.
Kadar disahkan terus dari satu sumber rasmi — sedan RM 2,480, motorsikal RM 1,250 ke KK. Tiada caj tersembunyi. Kelas lain semak terus dengan pegawai.
Pelabuhan Sepanggar ialah pintu masuk kargo utama Sabah, lebih kurang 25 km utara pusat bandar Kota Kinabalu. Pengendalian RORO khusus untuk kenderaan.
Delivery Order, borang, dan bukti serahan disediakan setiap kenderaan. Audit trail penuh boleh dirujuk bila-bila masa.
Status setiap fasa — pelepasan Klang, pelayaran, ketibaan Sepanggar, sedia kutipan — dihantar terus ke WhatsApp anda.
Rakan tempatan di Kota Kinabalu bantu pelepasan kastam Sabah dan penghantaran akhir ke alamat anda di KK, Penampang, atau Putatan.
Kadar disahkan ikut jenis kenderaan ke Kota Kinabalu. Kelas yang belum kami siarkan, semak terus dengan pegawai — kami tak siarkan harga anggaran.
// Insurans Marin Allianz all-risk termasuk · Pickup door-to-door +RM 250 · *Kadar tertakluk pengesahan tarikh & dimensi kenderaan.
Pilih kaedah ikut keperluan. Proses dokumentasi dan jejak sama — yang berubah hanyalah cara kenderaan diangkut ke Kota Kinabalu.
Roll-on/Roll-off — kereta dipandu terus naik kapal. Kos efisien, jadual tetap, selamat untuk sedan & SUV. Kadar disahkan di atas.
Kenderaan dimuat dalam kontena berkunci. Perlindungan penuh untuk kereta mewah atau klasik, perlu booking lebih awal. Semak dengan pegawai.
Pilihan khas untuk keperluan tertentu atau kenderaan luar saiz. Bergantung jadual & kapasiti. Quote khas.
Anggaran realistik untuk laluan Port Klang → Kota Kinabalu. Tarikh tepat disahkan ikut jadual kapal semasa sebut harga.
Sahkan kenderaan, tarikh, dan kaedah. Kami balas sebut harga + slot pelayaran terdekat.
Hantar ke yard kami di Klang, atau guna servis pickup door-to-door (+RM 250).
Inspeksi penuh + foto via WhatsApp, kemudian simpan selamat di yard berpagar sementara menunggu kapal.
Kenderaan dimuat dan belayar dari Port Klang ke Pelabuhan Sepanggar (ikut jadual kapal).
Pelepasan kastam Sabah, kemudian pickup di Sepanggar atau delivery ke alamat KK anda.
Kenderaan ke Kota Kinabalu tiba di Pelabuhan Sepanggar (Sapangar Bay) — pintu masuk kargo utama negeri Sabah.
Kadar RORO disahkan ke KK: motorsikal RM 1,250, sedan/hatchback RM 2,480, SUV/MPV RM 2,580 — semua sudah termasuk Insurans Marin Allianz. Untuk pickup 4×4, van, atau lori, semak terus dengan pegawai kami sebab rate bergantung dimensi dan berat.
Keseluruhan proses (tempahan → kereta di tangan anda) lazimnya 7–14 hari, bergantung jadual kapal dan kaedah penghantaran. Pelayaran laut Port Klang → Sepanggar mengambil beberapa hari. Kami sahkan tarikh tepat semasa sebut harga.
Kenderaan tiba di Pelabuhan Sepanggar (Sapangar Bay), pintu masuk kargo utama Sabah, lebih kurang 25 km dari pusat bandar Kota Kinabalu. Anda boleh ambil di pelabuhan atau pilih delivery door-to-door.
Ya. Kami tawarkan pickup door-to-door dari Lembah Klang dan kawasan terpilih di Semenanjung (+RM 250), dan delivery ke alamat anda di Kota Kinabalu melalui agen tempatan kami.
Ya. Setiap penghantaran ke KK termasuk Insurans Marin Allianz all-risk yang meliputi tempoh pemuatan, pelayaran, dan pemunggahan — perlindungan gudang-ke-gudang.
Geran kenderaan (VOC), salinan IC pemilik, cukai jalan & insurans auto yang masih sah, dan borang tempahan Rentaka yang ditandatangani. Jika penghantar bukan pemilik, sertakan surat kebenaran.
Boleh. Leg balik Kota Kinabalu → Port Klang juga disahkan: motorsikal RM 1,160, sedan RM 2,540, SUV/MPV RM 2,640. Sesuai untuk tamat posting kerja atau pindah balik ke Semenanjung.
Lazimnya deposit untuk kunci slot pelayaran, dan baki sebelum penghantaran akhir di Kota Kinabalu. Kami maklumkan setiap langkah melalui WhatsApp. Hubungi kami untuk butiran terkini.
Beritahu kenderaan, lokasi pickup di Semenanjung, dan tarikh dikehendaki — kami balas sebut harga dengan pelayaran terdekat dan pecahan penuh.
Saiful BahrinCustomer Relations Lead→ Hantar Kenderaan
Mohammed AliHead of Logistics→ Barang (LCL) / Kontena
Abdul KadirFinance Manager→ Hantar Jentera BeratHi —, sebut harga rasmi akan dihantar ke — dengan segera. Pasukan kami WhatsApp anda kalau perlu butiran tambahan.
WhatsApp follow-up segera