Harga Telus per CBM
Kalkulator CBM segera — RM450/CBM port-to-port (Klang→KK), caj minimum 1 CBM. Tahu anggaran sebelum hubungi, tiada teka-teki.
Penghantaran kargo (LCL) & kontena penuh dari Port Klang ke Kota Kinabalu, Sandakan & Tawau. Harga telus per CBM, insurans marin Liberty, dokumentasi penuh, update real-time via WhatsApp.
Tak pasti berapa CBM barang anda? Masukkan ukuran untuk dapatkan anggaran awal.
Berdasarkan RM450/CBM · minimum 1 CBM (port-to-port)
CBM = panjang × lebar × tinggi × kuantiti. Unit cm ditukar ke meter automatik (÷100 setiap sisi).
Anggaran harga RM450/CBM ini adalah untuk penghantaran Port-to-Port sahaja. Untuk penghantaran Door-to-Door, Door-to-Port atau Port-to-Door, alamat pickup/delivery tambahan diperlukan dan kos akan disemak semula oleh team kami.
Harga sebenar tertakluk kepada jenis barang, lokasi, route, kaedah pickup/delivery dan semakan team operasi.
Kos hantar barang ke Sabah bermula RM450/CBM (kargo laut LCL, port-to-port) dari Port Klang → Kota Kinabalu, caj minimum 1 CBM. Muatan besar guna kontena penuh (FCL). Transit laut 2–3 hari, termasuk Insurans Liberty. Door-to-door & pickup atas permintaan; kadar ke Sandakan & Tawau semak dengan pegawai kami.
Kami bawa pengalaman penghantaran Sabah/Sarawak yang terbukti ke dalam servis kargo am — telus, berinsurans, dan didokumentasi penuh.
Kalkulator CBM segera — RM450/CBM port-to-port (Klang→KK), caj minimum 1 CBM. Tahu anggaran sebelum hubungi, tiada teka-teki.
Setiap kiriman dilindungi insurans marin Liberty — cuaca buruk, kebakaran, kerosakan transit. Bukan sekadar "barang dilindungi".
Kongsi ruang kontena (LCL) untuk barang kecil-sederhana, atau sewa kontena penuh (FCL) untuk volume besar & pindah penuh.
Rentaka Trading & Services (SSM 1540722-T), beroperasi sejak 2023, 500+ penghantaran, 4.9★ Google review — bukan operator tanpa nama.
Mohammed Ali (Head of Logistics) uruskan barang anda dari sebut harga hingga delivery. WhatsApp terus, bukan nombor berkongsi.
Manifest, inventory, foto & tracking dihantar via WhatsApp setiap fasa. Audit trail penuh untuk individu & bisnes.
Dari pindah rumah hinggalah stok perniagaan — kami hantar pelbagai jenis barang am ke Sabah melalui LCL & kontena penuh.
Perabot, peti sejuk, mesin basuh, katil, kotak pindah rumah.
Inventori, stok e-dagang, peralatan kedai, restock cawangan.
Kuantiti besar, pallet, kotak berbilang untuk LCL/FCL.
Mesin ringan, alat kerja, peralatan pejabat & fit-out.
Kargo bersaiz besar, palletised cargo, crate.
Hampir semua barang am yang selamat dihantar melalui laut.
Proses kargo laut yang telus & tersusun — dari ukuran barang hingga delivery. Masa, lokasi, foto — semua dihantar ke WhatsApp anda real-time.
Hubungi kami via WhatsApp/borang dengan senarai & ukuran barang (atau guna Kalkulator CBM di atas untuk anggaran segera).
Kami sahkan jumlah CBM, route (LCL/FCL), dan harga telus port-to-port atau door-to-door mengikut keperluan anda.
Sahkan slot kapal dengan deposit. Resit rasmi + dokumen penghantaran dikeluarkan.
Pickup dari lokasi anda (Lembah Klang & sekitar, caj tambahan) atau hantar barang ke yard Klang kami.
Packing/palletising, label, dan inventory disediakan. Manifest barang lengkap untuk clearance.
Barang LCL dikonsolidasi ke dalam kontena (atau kontena penuh untuk FCL) dan dimuat ke kapal di Port Klang.
Kapal belayar Port Klang → Sepanggar (Kota Kinabalu) — transit laut 2-3 hari. Port clearance bermula di Sabah.
Barang dihantar ke alamat anda (door delivery) atau sedia untuk collection di port. Update + bukti serahan via WhatsApp.
Kami belayar Port Klang → Sabah secara berkala. Tarikh tepat bergantung pada beberapa faktor — sahkan pelayaran terdekat melalui WhatsApp.
Pilih kaedah ikut volume barang anda. Tak pasti? Pegawai kargo kami bantu pilih yang paling jimat.
Bayar ikut isipadu (CBM) — kongsi ruang kontena dengan kiriman lain. Sesuai barang kecil-sederhana. Mula RM450/CBM.
Sewa kontena 20'/40' sepenuhnya — sesuai volume besar atau pindah penuh. Lebih privacy & cepat untuk kargo banyak. Harga semak dengan pegawai.
Tambah pickup di Lembah Klang & delivery di Sabah pada LCL/FCL anda. Paling mudah, tiada perlu hantar ke port. Caj pickup/delivery tambahan.
Empat kaedah fleksibel — pilih ikut barang & bajet anda.
Anda hantar barang ke Port Klang, kami uruskan pelayaran, anda kutip di port Sabah. Kos paling jimat — RM450/CBM (LCL).
Kami pickup dari alamat anda di Klang Valley dan hantar ke port Sabah untuk anda kutip. Tambahan caj pickup.
Anda hantar ke Port Klang, kami hantar terus ke alamat akhir anda di Sabah. Tambahan caj delivery.
Kami pickup dari alamat anda dan hantar terus ke alamat di Sabah — paling mudah. Kos pickup + delivery disemak ikut alamat.
Anggaran kos LCL port-to-port dari Port Klang. Harga muktamad selepas pengesahan jumlah CBM, jenis barang & route. Guna Kalkulator CBM di atas untuk anggaran segera.
// Caj minimum dikira 1 CBM. Contoh: 0.5 CBM → RM450 (dikira min 1 CBM); 2 CBM → RM900. Insurans marin Liberty tersedia. *Harga tertakluk kepada perubahan & semakan team.
Lihat bagaimana kargo bergerak ke Sabah.
Pengalaman sebenar pelanggan yang hantar barang ke Sabah dengan Rentaka.
"Pindah rumah KL ke KK — perabot semua sampai elok, harga ikut CBM jelas dari awal."
"Stok kedai online kami hantar guna LCL setiap bulan. Invois + dokumen kemas untuk akaun."
"Kalkulator CBM senang, terus dapat anggaran. Team confirm harga via WhatsApp dengan pantas."
Penghantaran kargo LCL (kongsi kontena) dari Port Klang ke Kota Kinabalu bermula RM450 setiap CBM (port-to-port). Caj minimum dikira 1 CBM (RM450) — kiriman bawah 1 CBM dikira sebagai 1 CBM, dan melebihi 1 CBM didarab ikut jumlah CBM sebenar. Guna Kalkulator CBM di halaman ini untuk anggaran segera. Kadar ke Sandakan dan Tawau sila semak dengan pegawai kami.
CBM (cubic meter / meter padu) ialah ukuran isipadu barang. Formula: panjang × lebar × tinggi × kuantiti. Jika ukuran dalam meter, hasilnya terus dalam CBM. Jika dalam cm, bahagikan dengan 1,000,000. Contoh: kotak 100cm × 80cm × 60cm = 0.48 CBM. Kos kargo laut dikira per CBM.
Transit laut dari Port Klang ke Kota Kinabalu (Sepanggar) biasanya 2-3 hari. Keseluruhan proses dari tempahan hingga delivery akhir mengambil masa 10–14 hari bergantung kepada jadual kapal, packing dan clearance.
Port-to-port: anda hantar barang ke Port Klang dan ambil di port Sabah — kos paling jimat (RM450/CBM). Door-to-door: kami pickup dari alamat anda dan hantar terus ke alamat di Sabah — lebih mudah, kos tambahan untuk pickup/delivery. Door-to-port dan port-to-door juga tersedia.
Boleh. Barang besar seperti perabot, peti sejuk, mesin dan pallet sesuai dihantar melalui LCL atau kontena penuh (FCL). Untuk barang sangat berat atau jentera, kami semak dahulu untuk pengendalian & insurans yang betul.
Ya. Kami uruskan pindah rumah ke Sabah — perabot, peralatan elektrik, kotak barang peribadi. Anda boleh packing sendiri atau guna servis packing kami. Door-to-door tersedia untuk kemudahan pindah penuh.
Ya. Sesuai untuk SME, peniaga e-dagang, dan relokasi cawangan — stok, inventori, peralatan. Kami sediakan sebut harga bertulis + dokumen (REF & invois) untuk tujuan akaun dan kelulusan kewangan.
Barang larangan/berbahaya perlu disemak dahulu: bahan mudah terbakar, gas bertekanan, bahan kimia berbahaya, bateri lithium besar, senjata/bahan letupan, dan barang larangan kastam. Barang sejuk beku & sangat fragile memerlukan pengaturan khas. Hubungi kami untuk pengesahan sebelum tempah.
Anda boleh packing sendiri atau guna servis packing/palletising kami. Untuk kargo laut, packing yang kukuh (kotak, crate, shrink-wrap, label) penting bagi mengelak kerosakan sepanjang 2-3 hari pelayaran. Kami boleh nasihatkan kaedah terbaik.
Ya. Kiriman dilindungi insurans marin Liberty (all-risk) yang meliputi cuaca buruk, kebakaran, perlanggaran kapal dan kerosakan transit. Liputan & proses tuntutan akan dijelaskan semasa sebut harga.
Boleh. Kami tawarkan pickup dari Lembah Klang & kawasan sekitar (caj tambahan), atau anda hantar barang ke yard Klang kami. Dari situ barang dikonsolidasi dan dihantar ke Kota Kinabalu (Sepanggar).
Untuk kargo am: senarai inventori barang (packing list), butiran penerima (nama, alamat, no. telefon di Sabah), dan jenis barang. Untuk barang bernilai tinggi atau bisnes, invois/resit pembelian membantu untuk insurans & clearance. Kami akan guide dokumen lengkap semasa tempahan.
Barang sejuk beku & cold-chain memerlukan pengaturan khas (reefer/kontena sejuk) dan tidak semua sailing menyokongnya. Sila semak dengan pegawai kargo kami dahulu untuk ketersediaan, kos, dan tempoh sebelum tempah.
Jika berlaku kerosakan semasa transit, ambil foto barang & packing sebaik tiba, dan maklumkan kami dalam tempoh grace. Kami bantu failkan tuntutan dengan insurans marin Liberty berdasarkan nilai diisytihar & dokumen sokongan (invois, packing list, foto). Packing yang betul penting untuk kelancaran tuntutan.
Jadual kapal kadangkala berubah ikut cuaca & operasi pelabuhan. Kami maklumkan anda segera via WhatsApp jika ada perubahan dan aturkan sailing alternatif terdekat — tiada caj penjadualan semula daripada pihak kami.
Boleh. Untuk SME, syarikat dan tempahan rasmi, kami sediakan sebut harga bertulis, nombor rujukan (REF) dan invois untuk tujuan perakaunan & kelulusan. Hubungi pegawai kargo kami untuk pengaturan dokumentasi korporat.
Ya. Kalkulator CBM di halaman ini ada pilihan lampirkan gambar barang (JPG/PNG/WEBP, maks 10MB). Bila anda tekan "Hantar Anggaran ke WhatsApp", mesej kepada pegawai kargo turut menyatakan anda ada gambar barang untuk dikongsi — memudahkan kami sahkan jenis & saiz barang untuk sebut harga yang lebih tepat.
Tidak — RM450/CBM adalah untuk port-to-port sahaja (anda hantar barang ke Port Klang dan ambil di port Sabah). Door pickup di Lembah Klang dan/atau door delivery di Sabah dikira berasingan sebagai caj tambahan. Beritahu kami lokasi pickup & delivery untuk sebut harga door-to-door penuh.
Kapal belayar dari Port Klang ke Sabah secara berkala (mingguan untuk laluan utama Kota Kinabalu). Jadual sebenar berubah ikut operasi pelabuhan & cuaca. Lihat bahagian Jadual Kapal di halaman ini untuk anggaran sailing terdekat, atau WhatsApp pegawai kargo kami untuk tarikh muktamad slot seterusnya.
Cara paling pantas: guna Kalkulator CBM di halaman ini, kemudian tekan "Hantar Anggaran ke WhatsApp" — mesej lengkap (item, CBM, anggaran) terus ke pegawai kargo kami. Anda juga boleh isi borang Sebut Harga atau hubungi WhatsApp terus.
Hubungi pegawai kargo kami. Respon WhatsApp pantas 9 pagi – 7 malam. Sebut harga dalam 24 jam.
Isi maklumat ringkas — anggaran barang je. Pasukan kargo kami balas dengan sebut harga rasmi.
Sebut harga rasmi akan dihantar ke — dengan segera. Pasukan kargo kami akan WhatsApp anda jika perlu butiran tambahan.
WhatsApp pegawai kargo
Mohammed AliHead of Logistics→ Barang (LCL) / Kontena
Ahmad ZabidiHal Ehwal Korporat→ Barang (LCL) / KontenaHi —, sebut harga rasmi akan dihantar ke — dengan segera. Pasukan kami WhatsApp anda kalau perlu butiran tambahan.
WhatsApp follow-up segera