Abdul Kadir
Menjaga struktur tariff, invois & deposit, dan insurans marin Liberty. Setiap harga yang anda terima — telus, tanpa caj tersembunyi — melalui tangan beliau.
Sejak 2023. 500+ kenderaan. Empat port utama. Tujuh route. Empat orang yang anda akan jumpa, dan dua puluh lebih kontraktor yang anda takkan jumpa — semua bekerja untuk satu hasil: kereta anda sampai dengan selamat, didokumentasi setiap titik transit.
Bila anda hantar pertanyaan, kami semak jadual sailing RoRo merentasi Port Klang, Penang, Sepanggar, Pending, Bintulu, dan Sandakan — kemudian padankan dengan tarikh anda. Manifest awal dan sebut harga rasmi disediakan dengan segera.
Dokumen pengenalan, geran kenderaan, MyKad/SSM, butiran route — semua kami uruskan online via WhatsApp atau form di laman kami. R2 storage encrypted, audit trail penuh, dokumen disimpan 30 hari kemudian dipadam selamat. Anda hanya berurusan dari telefon.
Selepas penyerahan kereta, anda boleh berehat. Kami uruskan dari awal hingga akhir — QC inspeksi, RoRo loading, kapal di laut, ketibaan port destinasi, koordinasi agent tempatan, dan delivery akhir. Setiap titik transit, foto + log masa dihantar via WhatsApp.
Bila anda hubungi Rentaka, salah seorang daripada mereka yang akan reply. Tiada call-center, tiada bot — hanya orang yang sudah uruskan ribuan penghantaran sebelum anda.
Menjaga struktur tariff, invois & deposit, dan insurans marin Liberty. Setiap harga yang anda terima — telus, tanpa caj tersembunyi — melalui tangan beliau.
Menyusun jadual sailing antara semua port. Bila kapal lewat, beliau yang call shipping line.
Menyelia dokumentasi, kontrak agensi, dan pematuhan korporat. Standard ketat tanpa kompromi pada setiap pelayaran.
Suara di hujung WhatsApp anda. 60% ulasan Google datang dari interaksi pertama dengan beliau.
Penghantaran rasmi untuk armada agensi penguatkuasaan dan keselamatan negara — termasuk JPJ, Kastam, Bomba, Imigresen, ATM, Maritim, dan lain-lain. Kontrak aktif sejak 2023.
Sample kerja dari arkib operasi kami. Setiap projek didokumentasi dengan manifest, foto, dan timeline yang lengkap.
Mengendalikan penghantaran kereta dan motosikal dari Ipoh, Perak ke Tawau, Sabah menggunakan kapal RoRo. Skop kerja termasuk jokey pickup dari rumah pelanggan di Ipoh, transit ke yard Klang, QC inspeksi pre-loading, RoRo loading di Port Klang, ketibaan di Sepanggar dengan transhipment ke Tawau, dan delivery akhir.
Penghantaran perkakasan rumah dari Alor Setar, Kedah ke Kuching, Sarawak menggunakan kontena 20 kaki. Termasuk custom rigging untuk barangan halus, packing list dan manifest dokumentasi penuh, sailing dari Port Klang ke Pending Terminal, dan agent tempatan untuk delivery akhir di Kuching.
Dapatkan maklumat lebih lanjut melalui soalan lazim kami. Untuk sebarang pertanyaan lain, hubungi kami via WhatsApp atau email.
Biasanya, penghantaran kereta ke Sabah, Sarawak, dan Semenanjung Malaysia memakan masa sekitar 7 hingga 10 hari, termasuk 5-7 hari pelayaran RoRo dan 1-3 hari untuk custom clearance + delivery akhir. Tempoh ini bergantung kepada keadaan cuaca, proses dokumentasi dengan pihak kastam, pengurusan di pelabuhan, dan jadual sailing kapal.
Ya, setiap kenderaan dilindungi oleh Insurans Marin (Liberty Malaysia all-risk) sepanjang perjalanan ke destinasi. Insurans ini melindungi terhadap risiko pengangkutan laut termasuk kehilangan, kerosakan, kebakaran, perlanggaran kapal, atau cuaca buruk semasa perjalanan. Polisi tertulis disediakan dan boleh dirujuk pada bila-bila masa.
Untuk penghantaran dari Kota Kinabalu ke Port Klang, harga bermula RM 2,540 untuk sedan/compact dan RM 2,640 untuk SUV/MPV. Dari Kuching ke Port Klang bermula RM 2,110 (sedan) dan RM 2,310 (SUV). Harga rasmi tertakluk pada saiz kenderaan, tarikh penghantaran, dan dokumentasi — sebut harga peribadi disediakan dengan segera.
Ya, syarikat kami juga menguruskan penghantaran tempatan dalam wilayah Sabah dan Sarawak — antara Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau di Sabah, atau antara Kuching, Sibu, Bintulu, Miri di Sarawak. Hubungi kami via WhatsApp untuk sebut harga route tempatan.
Itu yang kami uruskan. Setiap titik transit, setiap dokumen, setiap call — semua untuk satu perkara. Supaya anda boleh tidur tenang ketika kereta anda 7 hari di tengah laut.
Saiful BahrinCustomer Relations Lead→ Hantar Kenderaan
Mohammed AliHead of Logistics→ Barang (LCL) / Kontena
Ahmad ZabidiHal Ehwal Korporat→ Barang (LCL) / Kontena
Abdul KadirFinance Manager→ Hantar Jentera BeratHi —, sebut harga rasmi akan dihantar ke — dengan segera. Pasukan kami WhatsApp anda kalau perlu butiran tambahan.
WhatsApp follow-up segera